Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 24 July 2011

Quiz 1

(a) Takrif Logam Perak

Logam perak juga dikenali sebagai argentum daripada bahasa Latin. Perak juga merupakan sejenis logam kimia bersimbol Ag dan mempunyai no atom 47. Sifat fizikal logam perak ialah bewarna putih berkilau dan merupakan logam peralihan.logam perak wujud dalam bentuk tulen(perakasli),namun  boleh jugak diperolehi dalam bentuk aloi  dengan emas (elektrum). 
Mineral-mineral yang terpenting yang mengandung perak adalah Perak alam (Ag), Argentite (Ag2S), Cerrargyrite (AgCl), Polybasite (Ag16 Sb2 S11), Proustite (Ag2 As S3) dan Pyrargyrite (Ag3 Sb S3).

(b) Masa Depan  Pelaburan Logam Perak


Sebagai seorang pelabur yang bijak, pasti mengetahui  masa depan sesuatu logam terutamanya   yang akan menjadi logam yang paling bernilai  pada masa akan datang. Logam Perak merupakan sumber metal yang pling bernilai daripada emas pada masa akan datang berikutan kenaikan harga logam perak yang jauh lebih tinggi berbanding emas. Faktor yang mempengaruhi kenaikan harga logam perak ialah  logam perak tidak mempunyai lombong khusus  berbanding emas. Selain itu, perkembangan teknologi yang sangat pantas juga mempengaruhi kenaikan harga logam perak, menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat.Perak digunakan dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar dan bidang perubatan. Ia juga mempunyai perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Apabila logam perak semakin diperlukan, permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Sebagai maklumat, Negara China merupakan pengimport tegar Perak. China mengeksport 100 juta ouns Perak sebelum ini, dan kini 112 juta ouns dikeluarkan oleh Negara China.


(c) Permintaan Logam Perak Untuk Kegunaan Industri



Pecahan permintaan logam perak mengikut kategori produk, via BullionVault.com:

1) Telefon selular – 404.35 tan;

2) Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;

3) Filem tebal PV – 1,461.90 tan;

4) Automotif – 1,119.75 tan;

5) Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;

6) Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;

7) Tag RFID  pada  2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangka masa yang lebih lama lagi;

8) Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;

9) Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.

No comments:

Post a Comment