Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 24 July 2011

Pelaburan Silver Perak Yang Cair

Apabila harga logam perak naik, ke tahap USD 24 satu troy aun, Maka ramailah yang mula nampak bahawa perak adalah satu pelaburan yang baik, kenaikannya tinggi berbanding emas.

Nisbah harga perak masih terlalu rendah berbanding emas.Kalau kini sekilo perak lebih kurang 20 gram emas, Ianya tidak mustahil untuk sekilo perak setara dengan 40 gram emas.Namun terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas.Ia tidak boleh dipajak, dan sukar dijual.Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah.Sekira anda menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku.Ya, harganya akan naik, tetapi begitu sukar untuk dijual.Apatah pula kalau jenama jongkong itu tidaklah sepopular mana. Mungkin ianya popular hanya di Malaysia.Jadi, untuk mendapatkan tahap kecairan perak yang tinggi, ianya perlulah popular. Dikenali serata dunia.Anda boleh mendapatkan logam perak yang murah, tetapi ianya mungkin tidak cair.Jadi anda yang tentukan sendiri. Samada.
  • Mahukan logam perak yang murah tetapi tidak cair.
atau
  • Mahukan logam perak yang sedikit mahal tetapi cair.

Selain dirham Kerajaan Kelantan, Logam perak yang boleh dikatakan cair ialah Syiling 1oz Jenama terkemuka.Di Malaysia, anda boleh membeli Syiling American Silver Eagles 1oz, daripada Nubex.





Maka terpulanglah kepada anda, samada untuk memilih logam perak yang cair, atau murah.
Adalah lebih selamat jika ia diseimbangkan.

Walaupun potensi logam perak adalah amat-amat tinggi, namun anda adalah digalakkan untuk tidak tamak.

Anda boleh menggunakan Silver Maple Leaf 1oz untuk diinfakkan ke Ikhwanul Muslimin yang sering membantu Gaza.

Namun, sekiranya anda masih baru dalam memahami emas dan perak, anda dicadangkan untuk memiliki emas yang secukupnya, sebelum melangkah ke arah perak.

Quiz 1

(a) Takrif Logam Perak

Logam perak juga dikenali sebagai argentum daripada bahasa Latin. Perak juga merupakan sejenis logam kimia bersimbol Ag dan mempunyai no atom 47. Sifat fizikal logam perak ialah bewarna putih berkilau dan merupakan logam peralihan.logam perak wujud dalam bentuk tulen(perakasli),namun  boleh jugak diperolehi dalam bentuk aloi  dengan emas (elektrum). 
Mineral-mineral yang terpenting yang mengandung perak adalah Perak alam (Ag), Argentite (Ag2S), Cerrargyrite (AgCl), Polybasite (Ag16 Sb2 S11), Proustite (Ag2 As S3) dan Pyrargyrite (Ag3 Sb S3).

(b) Masa Depan  Pelaburan Logam Perak


Sebagai seorang pelabur yang bijak, pasti mengetahui  masa depan sesuatu logam terutamanya   yang akan menjadi logam yang paling bernilai  pada masa akan datang. Logam Perak merupakan sumber metal yang pling bernilai daripada emas pada masa akan datang berikutan kenaikan harga logam perak yang jauh lebih tinggi berbanding emas. Faktor yang mempengaruhi kenaikan harga logam perak ialah  logam perak tidak mempunyai lombong khusus  berbanding emas. Selain itu, perkembangan teknologi yang sangat pantas juga mempengaruhi kenaikan harga logam perak, menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat.Perak digunakan dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar dan bidang perubatan. Ia juga mempunyai perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Apabila logam perak semakin diperlukan, permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Sebagai maklumat, Negara China merupakan pengimport tegar Perak. China mengeksport 100 juta ouns Perak sebelum ini, dan kini 112 juta ouns dikeluarkan oleh Negara China.


(c) Permintaan Logam Perak Untuk Kegunaan Industri



Pecahan permintaan logam perak mengikut kategori produk, via BullionVault.com:

1) Telefon selular – 404.35 tan;

2) Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;

3) Filem tebal PV – 1,461.90 tan;

4) Automotif – 1,119.75 tan;

5) Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;

6) Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;

7) Tag RFID  pada  2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangka masa yang lebih lama lagi;

8) Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;

9) Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.

Sunday 17 July 2011

Keistimewaan Logam Perak

Kita sering mendengar "Silver" atau "Perak" sebagai barang perhiasan selain kegunaannya dalam sistem keewangan Islam. Ternyata logam perak bukan terhad kegunaannya, perak juga digunakan dalam perindustrian dan perubatan.

  Bagi mereka yang menggemarkan aktiviti sukan, sudah tentu mereka menghadapi masalah bau badan selepas selesai aktiviti beriadah. Namun kini logam perak digunakan untuk mengilangkan bau, bagaimana?  Logam perak mempunyai ciri spektrum mikrobial yang amat luas. Ini bermakna logam perak boleh membunuh pelbagai jenis bakteria.Kini terdapat produk pakaian sukan, stoking, cadar hospital dan pakaian tentera mengandungi ion perak.

 Selain itu logam perak digunakan dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk menyembuh luka.Bapa perubatan moden Hippocrates pernah menulis mengenai ciri penyembuhan dan anti penyakit yang ada pada logam perak. Seabad yang lalu perak pernah diiktiraf sebagai antibiotik. Logam perak diletakkan pada bahagian yang tercedera atau terluka, ia bertindakbalas mengurangkan bau dan mengubati luka kerana bakteria akan dimusnahkan dan kulit baru boleh berkembang tanpa gangguan.

   Sejarah pengguanaan logam perak bermula pada zaman rom yang telah mengenalpasti faedah tepeutiknya sejak beratus tahun lalu. Cyrus the Great hanya membenarkan tenteranya membawa bekalan air di dalam bekas perak dia yakin air yang berisi di dalam bekas perak selamat diminum. Phonecians (salah satu kaum bertamadun di Asia Barat suatu ketika dahulu) biasanya menyimpan air, wain dan cuka di dalam bekas perak untuk mengelakkanya dari cepat rosak.  Pada era 1900-an duit syiling perak dimasukkan ke dalam botol susu bagi mengekalkan kesegarannnya.

   Ternyata Logam Mulia yang diciptakan oleh Allah mempunyai banyak manfaat. Perak memberikan sumbannganya yang luas, dan kini peranannya memerangi riba serta matawang syariah telah kembali setelah lama ianya berkubur. Sokong dinar dan dirham sebagai matawang yang bebas dari Riba.

 Diedit dari artikel - estidotmy Sains Sukan

Monday 4 July 2011

Kenapa Harga Silver Turun Pada Awal Julai?

Jawapan Rakan Kelas..

1. Manipulasi harga emas dan perak.
2. barang perhiasan emas lebih banyak dikeluarkan  daripada perak.
3. perubahan pasaran emas dan perak.
4. Kurang permintaan terhadap perak
5. Ekonomi perak tidak stabil.

Sebab  Sebenar:

Pada akhir bulan Jun Amerika Syarikat  mencetak sebanyak 600 million USD untuk mengukuhkan  ekonomi Amerika Syarikat. Jadi apabila USD meningkat maka harga Silver dan Gold akan menurun.
Tetapi ianya hanya merupakan  janka masa pendek sahaja kerana pada  jangka masa panjang GOLD dan SILVER akan meningkat.

Definisi Logam Perak


Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum, daripada Bahasa Yunani ἀργήντος - argēntos) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.
Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembagaemasplumbum dan zink.
Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.