Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 8 August 2011

E-DAGANG

Apa itu e-dagang??


E-dagang ataupun perdagangan elektronik dapat di definasikan dari beberapa aspek:


1. Dari perspektif komunikasi : merupakan penghantaran maklumat produk,
perkhidmatan taua bayaran melalui talian telefon ,rangkaian
komputer atau sebarang kaedah lain.


2. Dari perspektif proses perniagaan : merupakan aplikasi teknologi ke arah pengautomasian
transaksi dan aliran kerja perniagaan.


3. Dari perspektif perkhidmatan : merupakan peralatan yang di gunakan bagi memenuhi
hasrat firma, pengguna dan pengurusan untuk
mengurangkan kos perkhidmtan dan pada masa yang sama
meningkatkan kualiti barangan serta kepantasan
penghantaran perkhidmatan.


4. Dari perspektif operasi dalam talian : menyediakan situasi pembelian dan penjualan produk
atau maklumat melalui internet dan perkhidmatan
online yang lain.



PERISIAAN YANG DIPERLUKAN
1.
  • Help prevent thief or data loss
  • Access coporate resources seamlessly while onine
  • Get powerfull diagnostic and troubleshooting

2.Web Browser
    -Google chrome


3. MQL4


MetaQuotes Language (MQL4) ialah suatu bahasa terbina yang baru untuk memprogramkan strategi- strategi perdagangan. Bahasa ini membenarkan anda mewujudkan Expert Advisor sendiri untuk membuat urusan jual beli dan sangat bersesuaian untuk melaksanakan strategi perdagangan anda sendiri. MQL4 boleh digunakan untuk mencipta Custom Indicators, Scripts dan Libraries anda sendiri.

LANGKAH-LANGKAH:

A) Muat turun perisian daripada www.instaforex.com


kemudian klik pada



B) MEMBUKA MYBANK2U



Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum menjadi trader untuk LIVE Account FOREX,ialah mempunyai akaun internet banking MAYBANK2U atau lain-lain bagi memudahkan transaksi pengeluaran atau deposit wang .

Disini saya akan terangkan  tentang cara-cara untuk mendaftar MAYBANK2U..

1.Pertama sekali, untuk membuat MAYBANK2U, anda perlu mempunyai akaun MAYBANK. Jika anda itu tidak mempunyai akaun MAYBANK, anda hendaklah membuka akaun MAYBANK terlebih dahulu di kaunter MAYBANK yang terdekat
2. Setelah mempunyai akaun MAYBANK, anda hanya perlu pergi ke mesin atm MAYBANK untuk mendaftar MAYBANK2U..
3. Di bawah ini, kami tunjukkan langkah-langkah untuk membuka MAYBANK2U.


  • Anda hanya perlu pergi ke ATM MAYBANK yang terdekat dengan anda
  •   Masukkan kad MAYBANK anda ke dalam atm.
  •          Seterusnya, anda akan diminta untuk memilih bahasa yang akan digunakan untuk transaksi.
    ·         Selepas anda memilih bahasa, anda akan diberi beberapa pilihan di menu utama di paparan skrin ATM.
    ·         Anda haruslah memilih menu untuk mendaftar akaun MAYBANK2U.
    ·         selepas anda memilih MAYBANK2U, paparan di skrin ATM akan meminta anda untuk memasukkan 6 digit sebagai pin kod MAYBANK2U anda. ( pin kod untuk akaun Maybank dan akaun MAYBANK2U adalah berlainan)
    ·         Anda akan diminta sekali lagi untuk memasukkan nimbor pin yang sama untuk tujuan pengesahan.
    ·         Untuk tujuan keselamatan anda, resit yang akan anda terima selepas mendaftar MAYBANK2U tidak akan tercatat pin kod anda.
    ·         Selepas anda selesai mengikuti langkah-langkah untuk mendapatkan pin kod MAYBANK2U, anda perlu melayari laman webhttp://www.maybank2u.com.my/ untuk meneruskan pendaftaran MAYBANK2U.

    ·         Apabila anda sudah melayari laman web MATBANK2U, anda hendaklah membaca syarat-syarat yang berkaitan dengan MAYBANK2U terlebih dahulu. Selepas itu anda hanya klik "ACCEPT" untuk meneruskan proses pendaftaran.
    ·         Setelah anda klik "ACCEPT" anda diminta untuk log in ke MAYBANK2U.com. Masukkan nombor yang tertera di hadapan kad ATM MAYBANK anda di ruangan "ACCESS NUMBER" dan juga nombor pin yang telah anda daftar di mesin ATM MAYBANK di ruangan "PIN".
    Selepas anda berjaya memasukkan akses nombor dan juga nombor pin di ruangan yang disediakan, anda akan diminta pula untuk memasukkan "USERNAME" nama yang anda inginkan, dan juga "PASSWORD" anda. Anda diminta memasukkan sekali password di ruangan "CONFIRM PASSWORD" untuk tujuan pengesahan.
    ·         Apabila anda sudah berjaya memasukkan setiap ruangan yang diperlukan, laman web MAYBANK2U.COM akan menunjukkan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Anda hanya perlu klik kepada salah satu kemudahan contohnya "ACCOUNTS & BANKING".
    ·         "ACCOUNT & BANKING" adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk melihat baki akaun MAYBANK, transfer duit kepada akaun yang ketiga, dan lain-lain.


    4.Langkah-Langkah Mendapatkan  Nombor 

        Akaun Trader PlatformInsta-Forex

    1.Anda perlu masuk ke website ini www.instaforex.my
    2.Klik pada paparan yang terdapat paparan “OPEN LIVE ACCOUNT” atau http://instaforex.com/open_live_account.php
    - Klik ‘accept term of agreement’ dan account opening form akan dipaparkan.
    - Penuhkan form yang diberi dan klik pada open account.
    - Kemudian print screen open account confirmation.
    4. Check email untuk pengesahan.

    5.Langkah-Langkah Membuka Akaun Cabinet 

        Insta-Forex

    Account Cabenet  insta forex ini dibuka untuk tujuan membuat perpindahan wang dari internet banking ke Platform Trader Langkah-langkah untuk membuka akaun cabenet  INSTA-FOREX adalah :-


    1.Anda perlu masuk ke website ini 
    www.instaforex.my
    2. Untuk pengguna yang kali pertama(first user) sila klik butang ini seperti dibawah
    3.Seterusnya adalah anda dikehendaki mengisi maklumat peribadi seperti email,nama & lain2. Selepas itu klik butang register.
    4.Setelah selesai mengisi maklumat peribadi,anda perlu membuka email yang anda telah daftar di insta-forex untuk mendapat " verification code".Sila klik link yang diberi untuk pendaftaran yang lengkap.
    5.Sila masukkan kata laluan anda untuk masuk ke "TRADER CABINET MAIN".
    6.Anda telah berjaya login akaun instaforex.Disini mempunyai fungsi-fungsi seperti membuat deposit,pengeluaran,pemindahan wang,dan lain lain lagi.

    Jika ingin belajar atau ingin lebih mendalami forex,anda boleh membuka akaun demo,dimana ia tidak menggunakan transaksi wang yang sebenar,ianya hanya untuk demo sahaja.Jika anda berkemampuan untuk membuat transaksi wang yang sebenar sila buka akaun live
    .7.Jika anda terlupa kata laluan,sila periksa email yang anda daftar di instaforex,dimana pihak instaforex telah menghatar informasi mengenai akaun anda selengkapnya. 

    5.Langkah-Langkah Membuat Installation 

        Insta-Forex

    1.klik itc4 untuk memulakan installation didalam folder installer.
    2.Teruskan mengikut arahan yang diberikan sehingga tamat installation .
    3.batalkan pendaftaran ketika program platform insta forex dimulai untuk kali pertama
    4.Login id dan password berdasarkan login yang diberi ketika “selesai register open live account”
    5.selesai berkenaan asas Memulakan trading live account. 




Sunday 24 July 2011

Pelaburan Silver Perak Yang Cair

Apabila harga logam perak naik, ke tahap USD 24 satu troy aun, Maka ramailah yang mula nampak bahawa perak adalah satu pelaburan yang baik, kenaikannya tinggi berbanding emas.

Nisbah harga perak masih terlalu rendah berbanding emas.Kalau kini sekilo perak lebih kurang 20 gram emas, Ianya tidak mustahil untuk sekilo perak setara dengan 40 gram emas.Namun terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas.Ia tidak boleh dipajak, dan sukar dijual.Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah.Sekira anda menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku.Ya, harganya akan naik, tetapi begitu sukar untuk dijual.Apatah pula kalau jenama jongkong itu tidaklah sepopular mana. Mungkin ianya popular hanya di Malaysia.Jadi, untuk mendapatkan tahap kecairan perak yang tinggi, ianya perlulah popular. Dikenali serata dunia.Anda boleh mendapatkan logam perak yang murah, tetapi ianya mungkin tidak cair.Jadi anda yang tentukan sendiri. Samada.
  • Mahukan logam perak yang murah tetapi tidak cair.
atau
  • Mahukan logam perak yang sedikit mahal tetapi cair.

Selain dirham Kerajaan Kelantan, Logam perak yang boleh dikatakan cair ialah Syiling 1oz Jenama terkemuka.Di Malaysia, anda boleh membeli Syiling American Silver Eagles 1oz, daripada Nubex.





Maka terpulanglah kepada anda, samada untuk memilih logam perak yang cair, atau murah.
Adalah lebih selamat jika ia diseimbangkan.

Walaupun potensi logam perak adalah amat-amat tinggi, namun anda adalah digalakkan untuk tidak tamak.

Anda boleh menggunakan Silver Maple Leaf 1oz untuk diinfakkan ke Ikhwanul Muslimin yang sering membantu Gaza.

Namun, sekiranya anda masih baru dalam memahami emas dan perak, anda dicadangkan untuk memiliki emas yang secukupnya, sebelum melangkah ke arah perak.

Quiz 1

(a) Takrif Logam Perak

Logam perak juga dikenali sebagai argentum daripada bahasa Latin. Perak juga merupakan sejenis logam kimia bersimbol Ag dan mempunyai no atom 47. Sifat fizikal logam perak ialah bewarna putih berkilau dan merupakan logam peralihan.logam perak wujud dalam bentuk tulen(perakasli),namun  boleh jugak diperolehi dalam bentuk aloi  dengan emas (elektrum). 
Mineral-mineral yang terpenting yang mengandung perak adalah Perak alam (Ag), Argentite (Ag2S), Cerrargyrite (AgCl), Polybasite (Ag16 Sb2 S11), Proustite (Ag2 As S3) dan Pyrargyrite (Ag3 Sb S3).

(b) Masa Depan  Pelaburan Logam Perak


Sebagai seorang pelabur yang bijak, pasti mengetahui  masa depan sesuatu logam terutamanya   yang akan menjadi logam yang paling bernilai  pada masa akan datang. Logam Perak merupakan sumber metal yang pling bernilai daripada emas pada masa akan datang berikutan kenaikan harga logam perak yang jauh lebih tinggi berbanding emas. Faktor yang mempengaruhi kenaikan harga logam perak ialah  logam perak tidak mempunyai lombong khusus  berbanding emas. Selain itu, perkembangan teknologi yang sangat pantas juga mempengaruhi kenaikan harga logam perak, menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat.Perak digunakan dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar dan bidang perubatan. Ia juga mempunyai perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Apabila logam perak semakin diperlukan, permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Sebagai maklumat, Negara China merupakan pengimport tegar Perak. China mengeksport 100 juta ouns Perak sebelum ini, dan kini 112 juta ouns dikeluarkan oleh Negara China.


(c) Permintaan Logam Perak Untuk Kegunaan Industri



Pecahan permintaan logam perak mengikut kategori produk, via BullionVault.com:

1) Telefon selular – 404.35 tan;

2) Konsumer PCs & laptop – 684.29 tan;

3) Filem tebal PV – 1,461.90 tan;

4) Automotif – 1,119.75 tan;

5) Barangan elektronik & elektrikal – 7,555.21 tan, rekod tertinggi;

6) Panel kuasa solar bagi tahun 2011 dijangka mencapai 2,177.29 tan, melonjak 40% dari 2010;

7) Tag RFID  pada  2010 mencecah antara 31 hingga 62 tan sebelum mencapai pasaran tepu untuk jangka masa yang lebih lama lagi;

8) Komponen penulenan air menggunakan 62 tan dan dijangka menokok kepada 74.65 tan;
Peralatan & perkakasan perubatan meningkat kukuh permintaannya kepada 93.3 tan menjelang 2015;

9) Penggunaan logam perak secara nano dalam pembungkusan barangan yang mementingkan kebersihan (hygiene) bakal menyumbang kepada penggunaan 124.4 tan logam perak bagi tempoh 5 tahun yang mendatang.

Sunday 17 July 2011

Keistimewaan Logam Perak

Kita sering mendengar "Silver" atau "Perak" sebagai barang perhiasan selain kegunaannya dalam sistem keewangan Islam. Ternyata logam perak bukan terhad kegunaannya, perak juga digunakan dalam perindustrian dan perubatan.

  Bagi mereka yang menggemarkan aktiviti sukan, sudah tentu mereka menghadapi masalah bau badan selepas selesai aktiviti beriadah. Namun kini logam perak digunakan untuk mengilangkan bau, bagaimana?  Logam perak mempunyai ciri spektrum mikrobial yang amat luas. Ini bermakna logam perak boleh membunuh pelbagai jenis bakteria.Kini terdapat produk pakaian sukan, stoking, cadar hospital dan pakaian tentera mengandungi ion perak.

 Selain itu logam perak digunakan dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk menyembuh luka.Bapa perubatan moden Hippocrates pernah menulis mengenai ciri penyembuhan dan anti penyakit yang ada pada logam perak. Seabad yang lalu perak pernah diiktiraf sebagai antibiotik. Logam perak diletakkan pada bahagian yang tercedera atau terluka, ia bertindakbalas mengurangkan bau dan mengubati luka kerana bakteria akan dimusnahkan dan kulit baru boleh berkembang tanpa gangguan.

   Sejarah pengguanaan logam perak bermula pada zaman rom yang telah mengenalpasti faedah tepeutiknya sejak beratus tahun lalu. Cyrus the Great hanya membenarkan tenteranya membawa bekalan air di dalam bekas perak dia yakin air yang berisi di dalam bekas perak selamat diminum. Phonecians (salah satu kaum bertamadun di Asia Barat suatu ketika dahulu) biasanya menyimpan air, wain dan cuka di dalam bekas perak untuk mengelakkanya dari cepat rosak.  Pada era 1900-an duit syiling perak dimasukkan ke dalam botol susu bagi mengekalkan kesegarannnya.

   Ternyata Logam Mulia yang diciptakan oleh Allah mempunyai banyak manfaat. Perak memberikan sumbannganya yang luas, dan kini peranannya memerangi riba serta matawang syariah telah kembali setelah lama ianya berkubur. Sokong dinar dan dirham sebagai matawang yang bebas dari Riba.

 Diedit dari artikel - estidotmy Sains Sukan

Monday 4 July 2011

Kenapa Harga Silver Turun Pada Awal Julai?

Jawapan Rakan Kelas..

1. Manipulasi harga emas dan perak.
2. barang perhiasan emas lebih banyak dikeluarkan  daripada perak.
3. perubahan pasaran emas dan perak.
4. Kurang permintaan terhadap perak
5. Ekonomi perak tidak stabil.

Sebab  Sebenar:

Pada akhir bulan Jun Amerika Syarikat  mencetak sebanyak 600 million USD untuk mengukuhkan  ekonomi Amerika Syarikat. Jadi apabila USD meningkat maka harga Silver dan Gold akan menurun.
Tetapi ianya hanya merupakan  janka masa pendek sahaja kerana pada  jangka masa panjang GOLD dan SILVER akan meningkat.