Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 27 June 2011

CONTEST -1-


Penggunaan Dirham Pada Zaman Rasullullah S.A.W

Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” – (HR. Muslim).

Dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah  5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. 

Dirham di dalam Al-Quran

Dirham Dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”;
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”

Apa Yang Dikatakan Sebagai Dirham?

Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.
Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.