Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 17 July 2011

Keistimewaan Logam Perak

Kita sering mendengar "Silver" atau "Perak" sebagai barang perhiasan selain kegunaannya dalam sistem keewangan Islam. Ternyata logam perak bukan terhad kegunaannya, perak juga digunakan dalam perindustrian dan perubatan.

  Bagi mereka yang menggemarkan aktiviti sukan, sudah tentu mereka menghadapi masalah bau badan selepas selesai aktiviti beriadah. Namun kini logam perak digunakan untuk mengilangkan bau, bagaimana?  Logam perak mempunyai ciri spektrum mikrobial yang amat luas. Ini bermakna logam perak boleh membunuh pelbagai jenis bakteria.Kini terdapat produk pakaian sukan, stoking, cadar hospital dan pakaian tentera mengandungi ion perak.

 Selain itu logam perak digunakan dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk menyembuh luka.Bapa perubatan moden Hippocrates pernah menulis mengenai ciri penyembuhan dan anti penyakit yang ada pada logam perak. Seabad yang lalu perak pernah diiktiraf sebagai antibiotik. Logam perak diletakkan pada bahagian yang tercedera atau terluka, ia bertindakbalas mengurangkan bau dan mengubati luka kerana bakteria akan dimusnahkan dan kulit baru boleh berkembang tanpa gangguan.

   Sejarah pengguanaan logam perak bermula pada zaman rom yang telah mengenalpasti faedah tepeutiknya sejak beratus tahun lalu. Cyrus the Great hanya membenarkan tenteranya membawa bekalan air di dalam bekas perak dia yakin air yang berisi di dalam bekas perak selamat diminum. Phonecians (salah satu kaum bertamadun di Asia Barat suatu ketika dahulu) biasanya menyimpan air, wain dan cuka di dalam bekas perak untuk mengelakkanya dari cepat rosak.  Pada era 1900-an duit syiling perak dimasukkan ke dalam botol susu bagi mengekalkan kesegarannnya.

   Ternyata Logam Mulia yang diciptakan oleh Allah mempunyai banyak manfaat. Perak memberikan sumbannganya yang luas, dan kini peranannya memerangi riba serta matawang syariah telah kembali setelah lama ianya berkubur. Sokong dinar dan dirham sebagai matawang yang bebas dari Riba.

 Diedit dari artikel - estidotmy Sains Sukan

No comments:

Post a Comment